Galuh FM (Tasikmalaya) Penyanyi dangdut Malaysia, Anwar GoCha kembali hangat memeriahkan industri muzik dangdut Malaysia dan juga Indonesia dengan merilis lagu terbarunya yang ke 53 berjudul ‘ Asmara ‘ ciptaan komposer muda yang berbakat dalam menghasilkan lagu dangdut iaitu saudara K.A dari Malaysia dan arransmen muziknya pula digarap penuh oleh saudara Gito, pemuzik berpengalaman dari Indonesia.
Untuk lagu kali ini, Anwar GoCha menampilkan konsep muzik yang special dan sangat berbeza dari lagu – lagu sebelumnya, dimana dua genre muzik dipadu menjadi satu iaitu muzik pop dan dangdut ( Pop Dangdut / PopDut ).
Lagu ‘ Asmara ‘ ini mengisahkan tentang perasaan suka seorang lelaki pada gadis idaman hatinya sehingga membuat si lelaki itu bermimpi berpacaran dengan gadis idamannya. Di dalam mimpi itu digambarkan betapa asyik dan indahnya perasaan suka si lelaki apabila gadis idaman hatinya itu ikut hadir didalam mimpinya. Hati si lelaki jadi berdebaran apabila gadis idaman hatinya itu melafazkan kata cinta pada dirinya. Si lelaki berharap agar mimpinya itu menjadi kenyataan dan dapat disatukan dengan gadis pilihan hatinya.